Buat pertama kali Pertunjukan Kuda Kebangsaan ke-14 akan diadakan di pantai timur iaitu di TERENGGANU EQUESTRIAN RESORT, Kuala Ibai, Terengganu dari 31 Okt hingga 2 Nov ini. Konsert Kuda Sokmo yang akan diadakan menampilkan penyanyi Faizal dan Heliza.
Kuala Terengganu dipilih sebagai venue pertunjukan yang diadakan sempena Kejohanan Kuda Lasak Dunia Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa 2008 (FEI WORLD ENDURANCE CHAMPIONSHIP 2008) di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu dari 6 hingga 9 Nov.
Pengurusan GCC mengucapkan selamat melayari laman web GCC.
Pengurusan GCC amat mengalu-alukan pendapat ahli bagi memantap dan memberi pengetahuan kepada semua pelayar laman ini. Ahli GCC bebas mengutarakan, menulis dan memberi pendapat dalam mana-mana topik yang dibuka disini. Pengurusan GCC berharap agar ahli dapat menggunakan laman ini sewajarnya demi kepentingan bersama dan meningkatkan Martabat GCC.